Author Archives: woelan kanahaya

About woelan kanahaya

Produsen susu kambing etawa bubuk SUPER E 'Septi Wulandari S.Kom 087836666947 /Pin BB : Request dapatkan harga Spesial Mau ?? jadilah Agen Tunggal SUPER-E di kota Anda !!

susu kambing etawa susu kambing etawa

Susu kambing GMP-Nutri

Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai maslah penghadaman. disebabkan zarahnya yang halus serta sifat nya yang menyah asid, maka sangat sesuai diogunakan bagi rawatan ulser dan gastrik.Susu kambing

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit dana alhan kepada susu lembu dan susu tepung.

Selain itu, ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Susu Kambing bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi. Susus kambing juga mengandungi asid lemak yang baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Di samping itu, kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Malah mampu melawan virus secara semulajadi da n mencegahnya membiak. Susu kambing juga didapati mengandungi Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Tambahan lagi, susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Manakala, kandungan potassium dan kalsium tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan Riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simptom penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes.